Tuesday 14 February 2012

hari sukar buat saya..hmmm

La haula wala quwata ila bilahil aliyil aziem.

Bila hati resah, runsing, kacau dan gelora, buang seketika segala urusan duniawi. Putuskan hubungan dari semua makhluk. Berhubung lah dgn Allah. Terus dan tanpa perlu mengisi apa2 borang. Sad

Usahakan lah utk menangis, walaupun setitik. Mengadu lah, meratap lah, merintih lah. Pinta saja semua dari Allah.

Bagaimana mengadu itu?, bagaimana meminta itu? bagaimana memohon itu?

Solat lah 2 rakaat. Jangan dihiraukan bacaan selepas solat nya, tetapi solat itu lah yg dihiraukan. Berdoa lah dlm apa sahaja bahasa yg kita ketahui, hatta dlm bahasa amazon sekalipun jika tahu. Usah membuang masa memerah otak menyusun bahasa berbunga2.

Allah itu tdk buta, tdk tuli, tdk juga bisu. Apa dihirau susunan dlm tatacara yg tertulis di dalam buku. Kita berbicara terus kpd Allah. Rasakan doa kita sampai, rasakan doa kita disambut oleh allah.

Bagaimana rasanya?, rasanya bukan di otak dan fikiran. Tetapi rasanya di HATI.

Insyaallah.

No comments:

Post a Comment